SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MASJID JAMEK GONG PAK JIN,TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BELOG INI

Ahad, 9 Februari 2014

PETUA PERUBATAN

Petua perubatan drpd Ustaz Sharhan Syafie untuk mngubati pnyakit jantung, kencing manis n darah tinggi....kpd yg nak mncuba...sebiji kelapa muda yg bhinggus (isi lembut)+3btg serai yg dketuk+7biji halba...dpanaskan dan dminum airnye...

amalkan selang sehari..sebanyak 7 biji kelapa perlu dhabiskan dlm masa 14 hari...selamat mncuba....in sya allah

kberkesanan 80% bjaya Alhamdullillah...SHARE tip penting ini kepada rakan anda yg menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi

Selamat mencuba!! "
[ ... ]

Isnin, 27 Januari 2014

4 alasan 'popular' untuk meninggalkan solat berjemaah di masjid

Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, MENDIRIKAN SOLAT, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan haji ke rumah Allah (Baitullah). [HR:Bukhari]

Hukum meninggalkan Solat

1) Golongan pertama berpendapat bahawa meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai tanpa mengingkari akan kewajipannya maka mereka tergolong di dalam golongan yang fasik (melakukan dosa besar) tetapi tidak kafir. Bagi mereka yang meninggalkan solat secara sengaja dan menolak akan kewajipannya maka mereka adalah kafir yang mengeluarkan mereka dari agama Islam.

2) Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, kesemua mereka ini termasuk di dalam golongan yang kafir dan terkeluar dari agama Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula. Dalil-dalil yang menyokong pendapat kedua ini adalah begitu banyak dan lebih khusus berbanding dengan dalil-dalil yang berbentuk umum yang diguna-pakai oleh golongan pertama. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadis-hadis Nabi shallahu 'alaihi wasallam yang sahih secara jelas menunjukkan bahawa ibadah solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelakunya gugur keimanannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

- Dari Buraidah: Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian di antara orang Muslim dan orang Kafir ialah solat, dan barangsiapa yang meninggalkan solat akan termasuk golongan kafir." [HR: Tirmizi]

- Dari Syaqiq ibn Abdullah at-Tabi'i: "Sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw berpendapat, hanya ibadah solat sahaja apabila ditinggalkan menjadikan seseorang itu kafir." [HR: Tirmizi]

Subhanallah, begitu keras ancaman Allah kepada mereka yang sengaja meninggalkan Solat!. Takutlah kepada Allah!.

Di antara kelebihan-kelebihan Solat ialah:

Mencegah perkara buruk dan Mungkar

- Allah berfirman: "Sesungguhnya, Solat itu dapat mencegah dari perkara-perkara buruk dan mungkar." [al-Ankabut, 45]

- Dari Abu Hurairah r.a: "Saya mendengar Rasulullah saw bersada":"Bayangkan di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kalian sekalian terdapat sebatang sungai. Kemudian kalian mandi di sungai itu sebanyak lima kali sehari. Adakah masih terlekat kotoran di badan orang itu?." Para sahabat menjawab: "Tidak akan ada lagi kotoran yang melekat di badannya." Rasulullah saw berkata lagi: "Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Dengan melakukan semuanya, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya." [HR: Bukhari, Muslim]

Acap kali kita mendengar sedemikian banyak alasan oleh orang-orang Islam hari ini untuk mengelakkan diri daripada menunaikan Solat berjemaah di masjid atau surau, khususnya para remaja. Mereka seolah-olah merasakan hal ini sebagai suatu bebanan untuk ditanggung.

Pergilah ke masjid atau surau. Anda akan melihat yang memenuhinya adalah terdiri daripada golongan-golongan 'pakcik-pakcik'. Itupun bukanlah memenuhi ruangan solat sepenuhnya, hanya sekadar dua atau setengah saf. Ke manakah perginya para remaja yang kuat dan gagah ini?. Kebanyakan mereka hanya lebih gemar untuk menunaikan solat bersendirian di rumah. Apabila di ajak berjemaah di rumah Allah. 1001 alasan akan dilontar oleh mereka. Alasan-alasan yang diberikan sudah menjemukan telinga untuk mendengar. Alasan yang menunjukkan kelemahan diri mereka sendiri. Aduhai!. Begitu rapuhnya iman umat Islam hari ini.

Apa yang lebih menyedihkan. Lokasi-lokasi masjid dan surau ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan majoritinya. Kiri, kanan, depan dan belakang dikelilingi oleh perumahan. Tetapi tatkala azan masuk waktu berkumandang, hanya beberapa kerat sahaja yang menghadirkan diri untuk bersama-sama berjemaah. Itu pun masih ramai yang lewat.

Marilah solat berjemaah saudaraku!. Sahutlah seruan ini. Marilah kita bersatu padu di atas saf yang lurus dan rapat bersama kaum Muslimin yang lain. Apa gunanya anda selalu melaungkan slogan anti Israel atau barat yang kerap kali menghina Islam, tetapi anda sendiri tidak mempunyai kekuatan untuk membelanya?. Anda lebih gemar mencaci maki dengan bahasa-bahasa yang kesat.

Saudaraku!. Sesungguhnya dengan laknat dan caci maki anda kepada kaum kuffar sama sekali tidak akan dapat menewaskan mereka melainkan anda mengumpul kekuatan asas iaitu Aqidah, kemudian diselangi solat yang dilakukan secara berjemaah di masjid.Kekuatan ini akan membuatkan barisan kaum Muslimin kembali bersatu padu dan menjadi kuat dari segi rohani dan jasmaninya sekaligus kembali menguasi dunia sepertimana di zaman era khilafah umat Islam dahulu kala.

Di sini, akan dikemukakan beberapa alasan yang popular bagi meninggalkan solat berjemaah dan berserta jawapannya. Jawapan ini pula bukanlah jawapan dariku atau dari orang lain. Tetapi jawapan ini adalah jawapan dari Tuhan yang Maha Agung, Allah dan utusanNya yang bernama Muhammad ibn Abdullah.

1) Rumah berjauhan dengan masjid dan surau.

- Dari Abu Hurairah. Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang membersihkan dirinya daripada najis dan kotoran di rumahnya, kemudian beliau pergi ke masjid bagi menunaikan salah satu daripada solat lima waktu. Maka Allah memberikan ganjaran bagi setiap langkahnya menuju ke masjid itu. Setiap langkah akan menghapuskan satu dosa kecil yang pernah dilakukan, dan dinaikkan satu darjat." [HR: Muslim]

- Dari Ubay bin Ka'ab. Terdapat seorang Ansar. Rupa-rupanya, rumahnya adalah rumah yang paling jauh dariapda masjid. Namun demikian, beliau tidak pernah terlewat untuk bersolat di masjid. Setiap waktu solat dia pasti sempat melakukannya bersama jemaah lain. Ada orang mengatakan. 'Bukankah lebih baik apabila saudara mempunyai seekor keldai?. Saudara dapat jadikannya sebagai kenderaan apabila berjalan pada waktu malam gelap dan pada waktu siang yang panas terik?'. Namun lelaki tadi menjawab, 'Saya tidak suka rumah saya berhampiran dengan masjid. Sebenarnya saya teringin supaya setiap langkah saya pergi dan pulang daripada masjid itu diberi ganjaran pahala.' Apabila Rasulullah saw mendengar kata-kata lelaki itu, Baginda lantas memberikan respon kepadanya, 'Sebenarnya Allah sudah mengumpulkan semua pahala untuk saudara bagi setiap langkah saudara itu.' [HR: Muslim]

2) Mengutamakan Solat sendirian dari berjemaah

- Dari Abdullah ibn Umar: Rasulullah saw bersabda: "Solat berjemaah lebih baik daripada solat seorang diri. Kelebihan yang diperoleh adalah sebanyak 27 darjat." [HR: Bukhari, Muslim]

- Dari Abu Hurairah: "Ada seorang lelaki buta menemui Rasulullah saw. Beliau berkata: 'Wahai utusan Allah, saya ini tidak mempunyai pembantu yang boleh membantu saya ke masjid.' Justeru, beliau meminta izin untuk solat di rumah sahaja. Lalu Nabi Muhammad pun mengizinkannya. Tetapi apabila orang itu hendak beredar pergi, Nabi saw memanggilnya dan bertanya, 'Adakah saudara mendengar seruan azan?' Beliau menjawab, 'Ya'. Nabi saw berkata lagi, 'Sekiranya begitu, sahutlah seruan azan itu."

- Dari Abu Hurairah: Rasulullah saw bersabda: "Demi Allah yang menguasai seluruh jiwa ragaku. Ingin sahaja aku minta diambilkan kayu api, lalu dikumpulkan. Kemudian aku menyuruh melaungkan azan sebelum melakukan solat dan menyuruh orang lelaki menjadi imam. Kemudian aku pergi sendiri ke rumah-rumah lelaki yang tidak pergi menunaikan solat berjemaah. Terasa seperti ingin membakar saja rumah-rumah mereka itu." [HR: Bukhari, Muslim]

3) Terlalu berat untuk menunaikan Solat berjemaah ketika waktu Subuh dan Isyak

- Dari Usman ibn Affan: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda. 'Orang yang solat isyak secara berjemaah, seolah-olah dia melakukan solat separuh malam. Dan orang yang menunaikan solat subuh secara berjemaah pula, seolah-olah dia solat sepanjang malam." [HR: Muslim]

- Dari Abu Hurairah: "Rasulullah saw bersabda: 'Seorang munafik merasakan solat isyak dan subuh adalah solat yang paling berat untuk dilaksanakan. Namun, sekiranya mereka tahu betapa besarnya pahala melakukan kedua-duanya, pasti mereka akan melakukannya secara berjemaah sekalipun dalam keadaan yang terlalu sukar." [HR: Bukhari, Muslim]

4) Malas Solat!

- Dari Buraidah: Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian di antara orang Muslim dan orang Kafir ialah solat, dan barangsiapa yang meninggalkan solat akan termasuk golongan kafir." [HR: Tirmizi]

- Dari Syaqiq ibn Abdullah at-Tabi'i: "Sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw berpendapat, hanya ibadah solat sahaja apabila ditinggalkan menjadikan seseorang itu kafir." [HR: Tirmizi]

Itulah antara alasan-asalan yang kerap kali kedengaran apabila diseru untuk menunaikan Solat berjemaah di masjid. Ambillah manfaat dari jawapannya dan muhasabahlah diri. Khususnya kepada para pendakwah yang sering menyeru kepada agama Allah. Selamat beramal..

[ ... ]

Ahad, 26 Januari 2014

Adakah Wajib Solat Berjamaah Di Masjid?

Kelebihan solat jemaah 25 atau 27 kali ganda
Ada beberapa hadis Nabi menjelaskan tentang solat berjemaah. Pertama abda Nabi saw bermaksud;
“Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian 27 kali ganda” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).
Ada pula di dalam riwayat 25 kali ganda. Seperti hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Solat seseorang dengan berjemaah itu digandakan 25 kali ganda berbanding solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar. Demikian itu, kerana apabila seseorang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan khusus untuk solat, maka setiap kali ia melangkah kaki, diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Dan bila ia mengerjakan solat, maka malaikat sentiasa memohon rahmat kepadanya selama ia berada di tempat solat selagi ia tidak berhadas (doanya iaitu): “Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat” (riwayat Imam Muslim).
Daripada hadis ini difahami bahawasanya solat bersendirian ini adalah baik dan solat berjemaah adalah lebih baik. Maka solat berjemaa adalah tidak wajib.
Nabi ingin membakar rumah orang yang tidak hadir solat jemaah
Pendapat kedua pula yang mewajibkan solat jemaah, melihat kepada hadis Nabi saw bermaksud;
“Demi yang jiwaku ada ditanganNya, sungguh aku telah berniat kuat untuk memerintahkan agar dikumpulkan kayu bakar kemudian aku perintahkan solat dan dikumandangkan adzan untuk solat, kemudian aku perintah seseorang untuk mengimami manusia dan aku akan mendatangi orang-orang yang tidak menghadiri solat maka akan aku bakar rumah-rumah mereka. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya salah seorang dari mereka mengetahui bahwa dia akan mendapatkan sekerat daging atau dua iga kambing yang bagus pasti dia akan menghadiri solat isya’. ” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dari lafaz Imam Bukhari)
Di sini bermaksud rumah orang-orang yang tidak solat subuh. Jadi hadis ini menunjukkan betapa Nabi S.A.W  mengambil kira pentingnya solat secara berjemaah bahkan telah menjadi satu adat kebiasaan para sahabat Nabi di zaman itu mengenali orang-orang sekeliling melalui solat berjemaah. Sesiapa sahaja yang tidak solat jemaah pada ketika itu akan dikatakan munafik. Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda, maksudnya;
 “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan Subuh, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada pada dua solat itu pasti akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Ini menunjukkan betapa pentingnya kedudukan solat jemaah pada ketika itu.
Hasil daripada perisian ini maka keluarlah pendapat di dalam mazhab Imam as-Syafi’e, mereka melihat bahawasanya apabila Nabi menggunakan perkataan afdhal. Bermaksud solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian 27 kali ganda. Merujuk kepada amalan tersebut bukan wajib tetapi sunat muakkad.
Penghujahan mazhab Hambali
Tetapi dijawab oleh ulama di dalam mazhab hambali, apabila Nabi saw bersabda,
“Ibadah Haji yang paling utama adalah al-’ajju (mengumandangkan talbiyah dengan suara keras) dan tsajju (menumpahkan darah hewan yang dihadiahkan)”. (riwayat Imam Tirmudzi dari Ibnu Umar) 
Maksudnya ialah suara kuat ketika bertalbiah dan juga melakukan ibadah korban kerana diriwayatkan di dalam mazhab hambali, ibadah haji yang tinggal hanyalah satu iaitu tamattu’.
Mazhab Hambali ini mempunyai beberapa pendapat antaranya ialah haji yang masih boleh dilakukan adalah haji tamattu’ sahaja, manakala kiran dengan ifran telah dimansuhkan kerana dalil Nabi saw berkata ketika selesai tawaf wada’dan selesaisa’ie di Safar dan Marwa iaitu haji atau umrah akan masuk ke dalam haji selama-lamanya bermaksud mereka beristimbat hukum daripada dalil tersebut bahawa haji tamattu’ adalah menggabungkan antara umrah dan haji, maka ia adalah haji yang tertinggal.
Pendapat mazhab hambali yang kedua iaitu yang berdalilkan sabda Nabi saw tentang solat berjemaah, mereka berdalilkan juga dengan peristiwa solat khauf iaitu solat ketika berperang. Dimana Nabi saw mengajar solat ketika perang juga berjemaah. Ketika berperang dalam keadaan mudarat juga perlu solat berjemaah, apatah lagi bukan di dalam perang.
Mereka juga berdalil dengan hadis Abdullah Ibn Umm Maktum sahabat Nabi yang buta. Beliau datang kepada Nabi saw dan bertanya tentang apakah yang harus beliau lakukan apabila mendengar azan? Adakah beliau perlu ke masjid sedangkan tiada sesiapa yang boleh membawanya. Nabi bertanya adalah kamu mendengar azan tersebut? Jawab Abdullah, ya. Maka Nabi saw berkata jawablah azan tersebut iaitu datanglah ke masjid.
Dari Abu Hurairah berkata : Seorang laki-laki yang buta datang kepada Rasulullah dan mengatakan : Ya Rasulallah, sesungguhnya aku tidak memiliki seorang yang menuntunku ke masjid. Maka Rasulullah memberikan rukhsoh (keringanan), ketika orang pergi kemudian dipanggilanya lagi dan ditanya : “Apakah kamu mendengar panggilan solat (adzan)? Orang itu menjawab : Ya. Maka beliau bersabda : “Penuhilah panggilan itu.” (riwayat Imam Muslim)
Penuhi solat apabila mendengar azan
Pada zaman Nabi saw tidak mempunyai pembesar suara, ini menyebabkan kita mempunyai beberapa kategori mendengar azan. Antaranya jika seseorang mendengar azan tanpa pembesar suara, maka orang tersebut wajib ke masjid tetapi berbeza pula jika seseorang mendengar azan melalui pembesar suara yang jarak dari kediamannya 5 km, sedangkan orang tersebut hendak menghadiri masjid begitu sukar. Jadi azan seperti ini yang disebut oleh Syaikh Bin Baz, bekas Mufti Arab Saudi telah dijatuhkan sunat muakkad untuk orang tersebut menghadiri masjid disebabkan jarak yang jauh.
Asasnya solat berjemaah itu adalah wajib walaupun ada pendapat yang menyatakan ianya sunat muakad.
[ ... ]

Isnin, 20 Januari 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

Assalamualaikum....

Salam Maulidur Rasul 1435H. Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW ...Berbanyakkanlah berselawat. Sesungguhnya hanya baginda insan terpilih yang terbaik dikalangan yang terbaik. Bersama kita menyambut hari ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Rasulullah SAW pernah bersabda:
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كان هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ.
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap perbuatan (amal) bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya.”

Kelebihan Memuliakan Maulidur Rasul
  1. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
  2. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
  3. Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”


[ ... ]

Jumlah Pembaca

Flag Counter